Google ads

Custom Search

Google tips

Sunday, June 29, 2008

cara-cara buat blog

Sebelum kita meneruskan dengan langkah-langkah untuk memulakan blog marila kita mengenali makna blog itu sendiri. Nama blog itu sendiri adalah ringkasan antara "web dan log" web merujuk kepada website(laman sesawang) manakala log merujuk kepada kompilasi butir-butir didalam buku yang dikenali sebagai log. Blog digunakan dalam pelbagai tujuan antaranya tempat untuk menyatakan cadangan,tempat untuk menyampaikan informasi ataupun untuk tujuan yang relevan mengikut apa yang hendak disampaikan melalui blog tersebut.

Langkah pertama untuk memiliki blog adalah untuk mendaftar dengan mana-mana "blog provider" yang menyediakan tempat untuk memulakan blog. Antara "blog provider" yang digunakan oleh kebanyakan penulis blog adalah blogger dan wordpress. Untuk permulaan biarlah saya jelaskan sedikit sebanyak tentang "blogger" atau dikenali juga sebagai "blogspot". Untuk mendaftar anda boleh layari laman http://www.blogger.com

Setelah mendaftar,masukan email dan katalaluan(password) yang telah didaftarkan untuk “login” kedalam blog anda. Apabila berjaya login kedalam akaun blog anda,anda dapat lihat beberapa elimen dalam paparan blog tersebut . Elimen dashboard disebelah kiri dan penjuru atas sebelah kanan blog anda,merupakan elimen yang penting untuk mengubah blog anda. Disebelah kiri dalam kotak “manage your blog” bawah dashboard anda dapat melihat beberapa elimen seperti create blog,help,newpost,view blog,post,settings dan layout. Elimen create blog merupakan tempat untuk mencipta blog anda,elimen newpost merupakan tempat untuk anda menghasilkan “post” anda ,elimen viewblog tempat untuk anda melihat paparan blog anda ,settings untuk mengubahsuai blog anda dan akhir sekali layout yang merupakan elimen untuk mengubah rekabentuk blog anda.

Untuk mula menghasilkan "post" anda ,anda perlu click newpost dalam kotak “manage your blog” sebelah kiri bawah elimen dashboard dan seterusnya memaparkan elimen posting. Dibawah elimen tersebut anda boleh mengedit “post” anda. Setelah mengedit “post” anda,anda hanya perlu click butang publish yang bewarna jingga yang terdapat disebelah kiri bawah elimen posting anda. Anda juga boleh menyimpan “post” anda dengan click butang save berwarna biru sebelah butang publish.

No comments: